Rabu, 8 Ogos 2012

YANG ASPIRASI>>INSPIRASI

Setiap manusia inginkan kejayaan.
Setiap manusia inginkan 'realiti' impian.
      Tapi manusia zaman sekarang
>>>kepala ada rambut, tapi style lain lain<<<
Aku rasa pepatah Melayu >>>Rambut sama hitam,hati lain lain dah tak relevanLah"....
macam macam ' pe el' manusia sekarang,,,, ikut sama dengan perubahan cuaca dunia kutt!
>>>>sangat suka membicarakan kelemahan dan keburukan orang lain
(pukul canang,pukul gong keliling kampung, buat provokasi)
TETAPI
tidak ada perasaan di hati langsung untuk membicarakan 'unsur-unsur positif' yang boleh mengatasi kelemahan dan keburukan itu secara lebih telus



            
Pada suatu hari, Aku  menerima berita yang aku kira 'menyedihkan' jugaklah. Berita apa?Tak nakLah aku per'detail'kan di sini sebab tak mahu blog aku jadi bahan bukti
...Wakakakakk..:) ...matiLah i nanti kena hambat dengan rotan :P ...
cukuplah aku cakap yang ia betul betul meninggalkan kesan dalam hati dan ia adalah satu sejarah penting dalam kehidupan aku.
Actually
 aku hanya di antara orang-orang yang  berdiri di luar lingkaran
kerana
bukan aku jadi
mastermindnya
cuma tiang penyokong jak
(kalau diperlukan,dipakai..kalau tidak..duduk tepi)
Tupun ada juga yang memandai-mandai
memanipulasikan fakta
kesiannya aku!

*patutnya bersyukurLah ada juga yang bersemangat dan mahu membantu dgn status sukarelawati*

 Sebagai tanda kenangan,adalah certain certain part tu aku abadikan di Muka Buku.

Hurmmm...walaupun dikatakan orang lain, itu bukan urusan aku..yup, aku terima... dan aku juga tidak melihat ia sebagai satu kepentingan 100 peratus untuk aku tapi FahamiLah perjalanan menuju ke situ sebenarnya bukanLah satu perkara yang mudah. Banyak yang dilalui, banyak yang dipelajari dan walaupun begitu aku bersyukur kerana berpeluang menjadi sebahagian darinya  DAN kerana menjadi sebahagian darinyaLah membuatkan aku tidak gentar dan tidak "zero"
jika ditakdirkan nanti aku menjerumuskan diri ke dunia yang sewaktu dengannya.
tetttttttttttttttttttttttt (^____^)

Sehingga kini,platform yang sudah ada berakar di minda telah bercambah cambah kerana telah menjadi sifat kebiasaan untuk aku mencari link, mencari info, wat uji kaji ckit...Selagi aku tak tahu dan tak faham,,selagi itu aku tak berhenti ingin tahu>>>intuisme tu tinggi bah..
Alhamdulillah dapat kucurahkan ke tempat yang 'bukan umpama daun keladi'



Tak rugi belajar, tak rugi timba pengalaman, tak rugi kerja siang malam
Kalau betul betul nakkan kejayaan
akan berjaya jugak tu
TAPI
Rugi besar jika sengaja digagaLkan,
Rugi besar jika ada diktator yang buat keputusan singkat tanpa fikir panjang,
Rugi besar jika pendapat diktator sahaja dipakai yang mahu senang seorang tapi tidak memikirkan kesenangan dan kesusahpayahan orang lain.
Rugi besar mensia-siakan tapak lot kejayaan yang dah ko tempah bagai nak rak
Rugi besar menamatkannya sebelum perjuangan betul betul sampai di penghujung jalan
Rugi besar untuk jangka masa panjang!

Tapi takpeLah
yang penting bukan aku rugi besar
(amboiii selfishnya aku!)
Siapa juga aku ni
hanya seorang ratu muka buku yang mempunyai koleksi angan angannya
yang tinggi melangit
tak bermakna untuk merekapun
tapi tak kisahLah...


Anda tau tak kenapa muncul ungkapan bijak pandai
>>>Gagal sekali bukan bermakna Gagal selamanya">>>
kalau cikgu suruh buat karangan berdasarkan ungkapan ini,rasanya korang boleh skor markah  80% tak?..kalau rasanya blurrr...aku sampaikan sedikit maksud ungkapan itu melalui kisah Kejayaan Honda..sapa pakai keta Honda?*angkat tangan*...Soichiro Honda adalah salah satu inspirasi terbaik jika kita ingin berjaya dalam sesuatu perancangan...baca dan hayati........

Soichiro Honda

 
Jika kita lihat kenderaan di jalanraya, pasti mata kita selalu ternampak kenderaan-kenderaan Honda, sama ada kereta mahupun motosikal. Bilangan kenderaan ini amat banyak dan kerana mungkin sebab itu ia layak digelarkan ‘raja jalanan’. Namun, pernahkah anda tahu bahawa pengasas perniagaan Honda, Soichiro Honda, selalu mengalami kegagalan sewaktu menjalani kehidupannya sejak kecil sehinggalah dia melahirkan sebuah industri permotoran bertaraf antarabangsa ?

Dia adalah manusia yang lahir dalam keluarga yang bukan kaya raya.Dia bahkan tidak layak menjadi seorang jurutera, dia bukannya siswa yang memiliki otak cemerlang. Sebaliknya di dalam kelas, duduknya tidak pernah di depan, selalu jauh dari pandangan guru-gurunya.

Sewaktu memulakan perniagaannya, Soichiro Honda selalu ditimpa kegagalan. Dia pernah jatuh sakit, kehabisan wang dan juga diberhentikan dari kuliah. Namun begitu, dia terus bermimpi dan bermimpi. Dan akhirnya, impian itu akhirnya mencapai kenyataan dengan ketekunan dan kerja keras.

Gredku amat rendah di sekolah. Tetapi saya tidak bersedih kerana dunia saya di sekitar mesin, kereta dan motorsikal,” ujar Soichiro yang meninggal pada usia 84 tahun, setelah dirawat di RS Juntendo, Tokyo akibat penyakit hati.

Cintanya pada mesin, jelas diwarisi dari ayahnya yang membuka bengkel membaiki alatan pertanian di dusun Kamyo, daerah Shizuko, Jepun Tengah. Di kawasan inilah dia lahir. Sewaktu bermain di bengkel, ayahnya selalu memberi catut (kakak tua) untuk mencabut paku. Dia juga sering bermain di tempat menggiling padi melihat mesin yang menjadi motor penggeraknya.

Di situ, lelaki kelahiran 17 November 1906 ini dapat berdiam diri berjam-jam, tidak seperti kawan sebayanya waktu itu yang lebih banyak menghabiskan waktu bermain penuh gembira. Dia memang telah menunjukkan keunikan sejak dari kecil lagi. Contohnya, aktiviti nekad yang dilakukannya pada usia 8 tahun iaitu dengan berbasikal sejauh 10 batu yang dilakukan semata-mata ingin menyaksikan kapal terbang.

Berbasikal memang telah menjadi salah satu hobinya semasa kanak-kanak. Hasilnya, ketika 12 tahun, Soichiro Honda berhasil mencipta sebuah basikal dengan model ‘rem kaki’.
Pada saat itu, di benaknya belum muncul lagi impian untuk menjadi seorang usahawan automotif kerana dia sedar dirinya berasal dari keluarga yang miskin. Tambahan pula, fizikalnya yang lemah dan rupanya yang tidak tampan sehingga membuatnya selalu rendah diri.

Pada usia 15 tahun, Honda berhijrah ke kota untuk bekerja di Hart Shokai Company. Majikannya, Saka Kibara amat senang melihat cara kerjanya. Honda amat teliti dan cekap dalam soal mesin. Setiap bunyi mesin yang mencurigakan, setitis minyak yang bocor tidak luput dari perhatiannya.

Enam tahun bekerja di situ menambah pengalamannya tentang mesin. Akhirnya, pada usia 21 tahun, Saka Kibara mengusulkan supaya membuka suatu cawangan bengkel baru di Hamamatsu. Tawaran ini tidak ditolaknya.

Di Hamamatsu, prestasi kerjanya semakin meningkat. Dia selalu menerima tawaran membaiki mesin-mesin yang ditolak oleh bengkel-bengkel lain. Kerjanya yang cepat memperbaiki mesin pelanggan sehingga berjalan kembali. Kerana itu, jam kerjanya selalu tamat pada larut malam dan kadang-kadang sehingga subuh.Yang menariknya, walaupun bekerja keras, otak geniusnya tetap kreatif. Kecerdasannya membuahkan hasil.

Pada zaman itu, ruji-ruji mesin dibuat dari kayu dan tidak tahan lama untuk menahan kesan goncangan. Menyedari ini, Soichiro menggantikan ruji-ruji kayu ini dengan logam. Hasilnya amat luar biasa. Ruji-ruji rekaannya tahan lama dan dieksport ke seluruh dunia.

Pada usia 30 tahun, Honda menandatangani patennya yang pertama. Setelah mencipta ruji, Honda ingin melepaskan diri dari bosnya dan mengusahakan bengkelnya sendiri. Mulai saat itu dia berfikir apakah kepakaran yang ingin dipilihnya? Otaknya tertarik kepada pembuatan ring piston yang dihasilkan oleh bengkelnya sendiri pada 1938.

Lalu ditawarkan ciptaannya itu ke beberapa kilang automotif tetapi ciptaannya itu ditolak oleh Toyota kerana dianggap tidak memenuhi standard. Ring Piston buatannya tidak lentur dan tidak laku dijual. Reaksi teman-temannya terhadap kegagalan itu membuatkan dirinya menyesal kerana keluar dari bengkel milik Saka Kibara.

Akibat kegagalan itu, Honda jatuh sakit yang sangat serius. Dua bulan kemudian, kesihatannya pulih dan dia kembali ke bengkelnya. Tetapi, soal ring piston itu masih belum ada penyelesaiannya. Demi mencari jawapan, dia melanjutkan pelajaran untuk menambah pengetahuannya tentang mesin.

Pada siang hari, setelah tamat kuliah, dia terus ke bengkel mempraktikkan pengetahuan yang baru diperoleh. Tetapi setelah dua tahun menjadi mahasiswa, dia akhirnya diberhentikan kerana jarang mengikuti kuliah.

“Saya merasa amat bosan kerana ketika lapar tidak diberikan makan, sebaliknya dileteri berkenaan tentang hukum makanan dan pengaruhnya terhadap kesihatan,” ujar Honda.
Kepada pensyarahnya, dia menjelaskan bahawa kuliahnya bukannya untuk mendapatkan ijazah tetapi untuk mendapatkan pengetahuan. Penjelasan ini dianggap sebagai penghinaan oleh pensyarahnya.

Tetapi diberhentikan dari pusat pengajian tinggi bukanlah titik akhir segalanya. Berkat kerja kerasnya, rekaan Ring Pistonnya diterima Toyota yang langsung memberikan kontrak kepadanya. Hal ini membuatkan Honda berhasrat untuk mendirikan kilang mesin.

Tetapi hasratnya itu kandas. Pada masa itu, Jepun sedang terlibat dalam Perang Dunia Kedua dan kerajaan Jepun tidak memberikan dana kepada masyarakat. Honda tidak menyerah kalah.Dia lalu nekad mengumpulkan modal dari sekumpulan orang untuk mendirikan kilang. Namun lagi-lagi musibah menimpanya. Setelah perang meletus, kilangnya terbakar sebanyak dua kali.

Honda tidak pernah patah semangat. Dia bergegas mengumpulkan para pekerjanya. Mereka diperintahkan mengambil tong-tong minyak yang dibuang oleh kapal Amerika Syarikat untuk digunakan sebagai bahan mendirikan kilang.

Tanpa diduga, gempa bumi melanda dan menghancurkan kilangnya sehingga diputuskannya untuk menjual kilang ring pistonnya ke Toyota. Setelah itu, Honda mencuba beberapa perniagaan lain tetapi tidak berjaya.

Akhirnya, pada tahun 1947, setelah tamat perang, Jepun kekurangan minyak petrol. Pada masa ini, keadaan ekonomi Jepun amat kucar-kacir sehingga Honda tidak dapat menjual keretanya akibat krisis ekonomi ini padahal dia ingin menjual kereta itu untuk membeli makanan bagi keluarganya.

Dalam keadaan terdesak, dia kembali kepada basikal lamanya. Dia mengubahsuai basikalnya dengan memasang motor kecil pada basikal itu. Siapa sangka, basikal bermotor itu diminati oleh jiran-jirannya.
Para jiran dan keluarganya memesan basikal bermotornya dengan banyak sehinggakan Honda kehabisan stok. Lalu Honda kembali mendirikan sebuah kilang motor.

Sejak itu, kejayaan tidak pernah lari dari tangannya. Dari motosikal, perusahaannya berkembang sehingga berjaya mengeluarkan kereta untuk pasaran antarabangsa.

Semasa hidupnya, Honda selalu menyatakan supaya jangan dahulu melihat kejayaannya dalam cabaran industri automotif sebaliknya lihatlah kegagalan-kegagalan yang dialaminya.

“Orang yang melihat kejayaan saya hanya satu peratus. Tetapi mereka tidak melihat 99 peratus kegagalan saya,” tuturnya.
Dia juga memberikan petua,
“Ketika anda mengalami kegagalan, maka segeralah mulai kembali bermimpi dan mimpikanlah mimpi baru.”

Jelas kisah Honda ini merupakan contoh terbaik bahawa kejayaan itu boleh diraih oleh seseorang dengan modal seadanya, tidak pintar di sekolah walaupun hanya berasal dari keluarga miskin.

>>>wokeyyy...banyak lagi kisah kejayaan  Mr Honda ni..malah ramai lagi orang yang berjaya di planet dunia merupakan mereka yang telah melalui pelbagai pengalaman pahit getir.Lagi susah daripada apa yang kita alami.
Cuma ituLah kan...
terpulang kepada persepsi dan tindakan masing-masing, aku nak ajar orang lain pun,,,kira melanggar hak perasaan orang lain nanti dikatakanLah pulak aku ni 'terkurang ajar' sebab memandai mandai...takpun kena kutuk 'terlebih ajar' sebab minta puji..tak nakLah aku jadi bahan umpatan media tak rasmi...cukupLah sekadar memberikan inspirasi di dalam 'leteran' ku di blog ni.

Lagi satu... cik Kiah ada pesanan ni>>>
jangan terpengaruh dengan persepsi negatif yang melibatkan kisah-kisah peribadi orang lain...sebab cik Kiah kata..kalu persepsi sebegitu yang ko jadikan asas pertimbangan..
MAKA andalah antara spesis manusia yang berpotensi dihindari oleh orang-orang yang inginkan kejayaan...
Allah SWT Maha Mendengar dan Maha Memerhati
Jaga Jaga
ada ubi ada bas..next time ko kena balas 




Sumber:
http://www.republika.co.id/suplemen/cetak_detail.asp? mid=4&id=140260&kat_id=105&kat_id1=148&kat_id2=197 


p/s
Berangan angan
yang satu hari dalam 5 tahun mendatang ini
akan ada bisnes sendiri
manatau boleh macam Honda
sapa senang?..akuuuuu juga.. kannn



Isnin, 6 Ogos 2012

MEMOIRKU - EPISOD 1

Borink....Borink...Borink....keje opis dah settle, sekarang tinggal nak mengira detik untuk sungkai @ buka puasa. So, sementara nak tunggu masa tu, aku nak wat citer pasal makanan laut yang eksotik Xpecially di pantai timur Sabah (Lahad Datu, Semporna, Sandakan)...daerah daerah lain di Sabah ada jugak makanan ni cuma yang lebih terkenal adalah di pantai timur Sabah...

Makanan ni boleh dikatakan makanan tradisi kaum Bajau...sebab kaum Bajau ni terkenal Xpert pasal hal hal kat laut ni.Jadi tak hairanlah makanan makanan tradisinya bercirikan laut dan simple untuk disediakan.

Aku sendiri memang dari kecil sudah didedahkan dan terdedah dengan hidupan laut>>>haiwan berbisa, naik dan berdayung sampan, memukat, "MENYULUH @ nukh (in bajau)" >>>aktiviti mencari sotong,siput,ikan waktu malam, bulan terang, "MENGARANG @ menabbah (in bajau)">>>mencari seafood waktu siang, air laut surut....dan aku seronok bila dapat turun ke laut, satu aktiviti yang lebih best berbanding shopping..hahahahaha....

Naik bot..meredah laut..
Kat kampung...sebut jak nama aku..mesti dorang tau aku kaki turun laut
pi 'mengarang' & 'menyuluh'

Cari siput 'Kahanga'...air laut paras pinggang..

picture :koleksi peribadi


Orait...sekarang aku nak share kat korang pasal makanan eksotik ni. Dulu dulu makanan ni kira diketahui oleh kelompok tertentu saja tapi sekarang kira dah se Antero dunia dah makan...macam kat Jepun, Korea....aku sarankan korang cuba makanan ni,,,"okeykah makanan ni?">>>>okey bha, bagus, ndak membunuh jugak :P ..hihihihihhi....


TEHE TEHE

rupa Tehe Tehe kat dalam laut

Nama macam lucu kan...tehe tehe...hihihi....walau lucu tapi sedap dan berkhasiat tau....cara penyediaannya pun tak cerewet sangat...macam korang buat ketupat...cuci tehe tehe tu....isi beras...rebus...dan potong...dan slurrrrrpppppp....>>>makan<<<

Tehe Tehe yang dijual kat pasar


Bersihkan, kemudian isikan beras yang dicuci
>>>tutup lubang supaya beras tak kuar masa merebus


Tehe Tehe yang dah masak>>>>kupas kulit


Taraaaaaa...Inilah "Nasi Himpit Tehe Tehe"
Yang kuning tulah isi tehe tehe
Nak gambarkan rasa tu....hurrmmmm susah nak Xplain...
lebih kurang macam telur ikan tapi tak sebijik rasa telur ikan tauuu..
rasa telur ikan tu kirnak dekat dekat dah...

                                                     Makan macam biasalah...dengan ikan rebus atau panggang
                    Atau makan begitu je pun sedap...Korang kena cuba terutama bagi mereka yang bukan dari Sabah
                                                      atau yang bukan Orang Bajau..atau yang tak pernah makan...

(semua picture: from Google.com jew)


 TAYUM
Kalau dengan istilah formalnya>>>LANDAK LAUT<<<....tapi honestLy,,,nama Landak Laut tu menakutkan aku...Bahasa Bajau dipanggil TAYUM...nama ni lebih lembutttttt di telinga kan?...

Kalu nak amik Tayum ni..tak serupa korg nak jerat Landak tu...Tayum ni tak berlari macam landak tu...dia duk diam diam je dalam laut..bergerakpun slowwwwww je....nanti korang cubalah pi turun laut...tengok Tayum ni...TAPIIIIIII...ada tapinya...jangan dengan slumber korg nak pegang...rerambutnya @ durinya tu tajam...sakit jugak kalu tercocok durinya....

Ppsssttttttttttt.....aku nak share info..sapa2 yang tertusuk durinya ni..ada ubat paling mujarab...ini petua orang orang lama...zaman berzaman turun temurun punya petua..nak tau apa...korg jgn gelak ye...ubatnya>>>air kencing korg...nampak jijik,lucah tapi tanyalah kebykkan org yang biasa dengan binatang ni...pasti jawapan dorang sama...

Selalunya..tempoh masa yang paling sesuai nak pi ambik Tayum ni..masa bulan kuar...isinya besar...

Tayum duk diam diam kat dalam laut
Tak sekatif Landak kat hutan..hihihihih..



isi Tayum


Tayum ni boleh makan macam tu jak
tapi aku suka makan buat Nasi Goreng

(semua picture: from Google.com)

Nahhhhhh
Kali ni aku kongsi pasal Tehe Tehe dengan Tayum
Dua daripada banyak banyak makanan Eksotik Laut
di Negeri Sabah

Sebenarnya banyak lagi aku nak share
Tapi Bazaar Ramadhan dan memanggil ni
So, Lain Kali aku sambung ceritera ni lagi ya



P/s...kalu makan Tayum ni..orang tua pesan..jangan makan bersama telur ayam...kut kebetulan makan tayum, nak jugak makan telur dadar...mak aku kata,,,boleh mabuk...ntah betul atau tidak...aku hanya menurut pantang larang saja..dan korang rasanya perlu ikut jugaLah..

Jumaat, 3 Ogos 2012

YANG EKSOTIK

Borink....Borink...Borink....keje opis dah settle, sekarang tinggal nak mengira detik untuk sungkai @ buka puasa. So, sementara nak tunggu masa tu, aku nak wat citer pasal makanan laut yang eksotik Xpecially di pantai timur Sabah (Lahad Datu, Semporna, Sandakan)...daerah daerah lain di Sabah ada jugak makanan ni cuma yang lebih terkenal adalah di pantai timur Sabah...

Makanan ni boleh dikatakan makanan tradisi kaum Bajau...sebab kaum Bajau ni terkenal Xpert pasal hal hal kat laut ni.Jadi tak hairanlah makanan makanan tradisinya bercirikan laut dan simple untuk disediakan.

Aku sendiri memang dari kecil sudah didedahkan dan terdedah dengan hidupan laut>>>haiwan berbisa, naik dan berdayung sampan, memukat, "MENYULUH @ nukh (in bajau)" >>>aktiviti mencari sotong,siput,ikan waktu malam, bulan terang, "MENGARANG @ menabbah (in bajau)">>>mencari seafood waktu siang, air laut surut....dan aku seronok bila dapat turun ke laut, satu aktiviti yang lebih best berbanding shopping..hahahahaha....

Naik bot..meredah laut..
Kat kampung...sebut jak nama aku..mesti dorang tau aku kaki turun laut
pi 'mengarang' & 'menyuluh'

Cari siput 'Kahanga'...air laut paras pinggang..

picture :koleksi peribadi aku


Orait...sekarang aku nak share kat korang pasal makanan eksotik ni. Dulu dulu makanan ni kira diketahui oleh kelompok tertentu saja tapi sekarang kira dah se Antero dunia dah makan...macam kat Jepun, Korea....aku sarankan korang cuba makanan ni,,,"okeykah makanan ni?">>>>okey bha, bagus, ndak membunuh jugak :P ..hihihihihhi....


TEHE TEHE

rupa Tehe Tehe kat dalam laut

Nama macam lucu kan...tehe tehe...hihihi....walau lucu tapi sedap dan berkhasiat tau....cara penyediaannya pun tak cerewet sangat...macam korang buat ketupat...cuci tehe tehe tu....isi beras...rebus...dan potong...dan slurrrrrpppppp....>>>makan<<<

Tehe Tehe yang dijual kat pasar


Bersihkan, kemudian isikan beras yang dicuci
>>>tutup lubang supaya beras tak kuar masa merebus


Tehe Tehe yang dah masak>>>>kupas kulit


Taraaaaaa...Inilah "Nasi Himpit Tehe Tehe"
Yang kuning tulah isi tehe tehe
Nak gambarkan rasa tu....hurrmmmm susah nak Xplain...
lebih kurang macam telur ikan tapi tak sebijik rasa telur ikan tauuu..
rasa telur ikan tu kirnak dekat dekat dah...

                                                     Makan macam biasalah...dengan ikan rebus atau panggang
                    Atau makan begitu je pun sedap...Korang kena cuba terutama bagi mereka yang bukan dari Sabah
                                                      atau yang bukan Orang Bajau..atau yang tak pernah makan...

(semua picture: from Google.com jew)


 TAYUM
Kalau dengan istilah formalnya>>>LANDAK LAUT<<<....tapi honestLy,,,nama Landak Laut tu menakutkan aku...Bahasa Bajau dipanggil TAYUM...nama ni lebih lembutttttt di telinga kan?...

Kalu nak amik Tayum ni..tak serupa korg nak jerat Landak tu...Tayum ni tak berlari macam landak tu...dia duk diam diam je dalam laut..bergerakpun slowwwwww je....nanti korang cubalah pi turun laut...tengok Tayum ni...TAPIIIIIII...ada tapinya...jangan dengan slumber korg nak pegang...rerambutnya @ durinya tu tajam...sakit jugak kalu tercocok durinya....

Ppsssttttttttttt.....aku nak share info..sapa2 yang tertusuk durinya ni..ada ubat paling mujarab...ini petua orang orang lama...zaman berzaman turun temurun punya petua..nak tau apa...korg jgn gelak ye...ubatnya>>>air kencing korg...nampak jijik,lucah tapi tanyalah kebykkan org yang biasa dengan binatang ni...pasti jawapan dorang sama...

Selalunya..tempoh masa yang paling sesuai nak pi ambik Tayum ni..masa bulan kuar...isinya besar...

Tayum duk diam diam kat dalam laut
Tak sekatif Landak kat hutan..hihihihih..



isi Tayum


Tayum ni boleh makan macam tu jak
tapi aku suka makan buat Nasi Goreng

(semua picture: from Google.com)

Nahhhhhh
Kali ni aku kongsi pasal Tehe Tehe dengan Tayum
Dua daripada banyak banyak makanan Eksotik Laut
di Negeri Sabah

Sebenarnya banyak lagi aku nak share
Tapi Bazaar Ramadhan dan memanggil ni
So, Lain Kali aku sambung ceritera ni lagi ya



P/s...kalu makan Tayum ni..orang tua pesan..jangan makan bersama telur ayam...kut kebetulan makan tayum, nak jugak makan telur dadar...mak aku kata,,,boleh mabuk...ntah betul atau tidak...aku hanya menurut pantang larang saja..dan korang rasanya perlu ikut jugaLah..

Khamis, 2 Ogos 2012

YANG MANA SATU

Korang familiar tak dengan nama kuih kat bawah ni....atau korang tau nama tapi tak tau rupa...atau korang kalu nak makan atau beli kuih...tau main tunjuk tunjuk jak...*majoritinya aku hanya tau makan dan tau tunjuk jak* hihihihi.....bha, jom kita share info pasal kuih-muih>>>sebab aku sendiripun tak tau sesetgh nama kuih..tau makan jak..sekali pi Google..Ooooooo..ini kuih aku pernah makan...Oooooo ...inilah kuih jiran aku bagi...Oooooooo...dan...Ooooooo ..lagi....

1.KUIH PALING GANAS>>>kUIH LOMPAT TIKAM
Kuih Lompat Tikam: Ada gula melaka, yang merah tu nasi pulut (kalau nak lah)...

Kuih Lompat Tikam yang sopan..tak letak pulut merah..gula melaka tu mesti

Kuih Lompat Tikam yang moden..Dalam cup dah...

apasal kuih ni dipanggil Kuih Lompat Tikam haaaa?.....gengster kali yang kasi ni nama...:P


2. KUIH CUTE MIUT>>>KUIH CEK MEK MOLEK

 Cek Mek Molek....molek kan?

Cek Mek Molek ni buat dari ubi keledek...sedap
...Yang buat ni kali awekssss yang cun melecun
yang kebetulan dengar lagu Cek Mek Molek :Dato M Daud Kilau


3.KUIH LOMPANG....berlubang di tengah tengah...

bahagian tgh tu ada lubang...nak tutup lubang tu, letaklah kelapa parut...
saja buat lubang..supaya kuih ni dapat nama..LOMPANG...


4.KUIH yang wangi>>>> KUIH PUTERI MANDI


mana puterinya?...:P
CamanaLah boleh dinamakan puteri mandi ni


5.Kuih alim>>>KUIH KETAYAP

                                    aku panggil kuih ni..kuih kayu balak..kuih ni byk nama lagi...



6.Kuih Jelita>>>>KUIH SERI MUKA




7.KUIH TALAM>>>>rata permukaan
 banyak versi kuih talam ni..ini sebahagian contoh jak...
 kuih talam gula merah

 kuih talam keladi

kuih talam jagung

KUIH TALAM DUA MUKA

kuih Talam dua muka..camni le lebih kurang rupanyer...


8.Kuih Tak Tahan Panas>>>KUIH BADAK BERENDAM


    Lucu ehhh...adakah badak berendam...
sound direct kat badak gi tu...
kalau makan ni gerenti boleh imagine seperti gambar di bawah ni...hahahahahha...

hensem aperrrrr....Mr Moto Moto tengah berendam..



9.KUIH PUTERI AYU....kalau makan kena ayu...


apa yang ayu ya???



10.Kuih tangkap ikan>>>>ROTI JALA

Jala yang nak tangkap kuah kari




11.Kuih terang benderang>>>>KUIH TEPUNG PELITA

ada serupa pelita tak?

Korang dah kenal ke?...kuih badak berendam...puteri ayu dengan puteri mandi...tak sama ya....
Tapi kat Sabah ada banyak lagi kuih tradisional selain kuih muih kat atas...macam >>>>>


 kuih brongko...

 Bingka ubi...kat semenanjung pun banyak ni kan..

 ni.aku betul tak tau nama...cuma kalau mak aku buat,,selalu kata "kita buat kuih aiskrim"..hhihhi


kuih kocong..ada kata kuih celorot...masyarakat brunei ni

 lepat pisang...@ pais pisang...istilah org sabah



Tapi selain  jenis kuih di atas...TIGA kuih tradisional masyarakat Bajau ni palingggg aku suka,
akupun org Bajau jugak, tak sah kalu org Bajau (Pantai timur Sabah) tak tau kuih ni...
dari kecil aku suka dengan kuih ni

Kuih Pitulakan...
buat dari tepung beras dengan  kelapa parut + santan kelapa pekat>>Kukus


Kuih Ubi Kepala parut...nama saintifik dlm bahasa Bajau..aku lupa lak...
ni ubi kayu rebus yang dilecek @ dilenyek @ dipenyet...+ kelapa parut + gula...
kalu aku..siap letak margerin lagi..fuhhhhh..


Kuih Tinabit...@ donut tocang...
My pebret sarapan pagi dan minum petang...duduk minum menghadap laut...


Hurrmmmmm....banyak jugak kuih muih kat Malaysia ni...rasanya ni baru 1% daripada keseluruhan jenis kuih di Malaysia...blom campur kuih masyarakat india, cina...kat sarawak lagi...kelantan..terengganu...etnik etnik...haaaa
sebab tulah pelancong kalu ditemuramah pasal keistimewaan MALAYSIA..
mesti jawapan dorang standard
>>>
FOOD
<<<


P/s
Macam - macam nama kuih ni...
teringin jugak nak tau asal usul setiap nama kuih tu...
mesti ada sejarahnya kan...

(semua gambar dr Google.com)